Dana Endowmen Alumni 2015/2016

04-11-2015 UTM Alumni Liaison Unit

Sumbangan Alumni Kepada Tabung Endowmen UTM, UTM Mengumpul Sebanyak RM 165,000 Dalam Masa 3 Hari

Johor Bahru, 25 Okt 2015.

Sempena Sambutan 30 Tahun UTM bersama Johor, UTM telah melancarkan dana tabung endowmen alumni dan telah berjaya mengumpul RM 165 ribu hanya dalam masa 3 hari.

Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Pengarah Kanan Alumni, Prof. Madya Dr. Ahmad Mahir Makhtar kepada Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar dengan bersaksikan D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisur Johor juga merangkap sebagai Canselor UTM. Dana tersebut telah dilancarkan pada jamuan 30 Tahun UTM bersama Johor di Persada International Convention Centre.

Menurut ucapan Datuk Naib Canselor, dana endowmen ini dirancang untuk mengumpul sebanyak RM 30 juta dalam jangka masa setahun. Sasaran golongan bagi penyumbang endowmen ini adalah daripada alumni-alumni UTM dengan sumbangan setiap individu sekurang-kurangnya adalah RM 1000.

Oleh yang sedemikian, program ini mendapat sokongan padu daripada alumni UTM dengan berjayanya terkumpul sejumlah yang besar dalam masa 3 hari program ini dilancarkan.

Keratan Akhbar SinChew.

Terjemahan oleh: Ong Liang Fuh (Alumni UTM)