Pada 4 Mei 2025 (Ahad) UTMAlumni berjaya melancarkan Global Alumni UTM Chapter Singapore dalam sesi ramah mesra bersama hampir 25 alumni UTM di Holiday Inn Express Katong Singapore.
Hadir sama dalam program ini ialah Yang Berusaha Prof. Ts. Dr. Ali bin Selamat, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni bersama Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hisyam bin Rasidi iaitu Pengarah UTMAlumni.
Program berlangsung dengan sesi pelancaran Global Alumni UTM Singapore dengan pelantikan wakil Alumni iaitu Cik Asther sebagai Pengerusi dan Encik Ala Amirfazli, Timbalan Pengerusi. Para alumni turut berkongsi pengalaman dan pandangam mereka dalam sesi ini.
Pertemuan ini diharapkan dapat merapatkan lagi hubungan sesama alumni dan juga universiti disamping dalam usaha membina jaringan kerjasama di peringkat global pada masa akan datang. Terima kasih dan penghargaan kepada semua para alumni yang sudi meluangkan masa hadir ke sesi ramah mesra ini.

